Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,783

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat van Pos Laju dipecahkan cermin

2:16pm 16/09/2016 Pak Roshan 277 views Jenayah,Mutakhir

cermin

LABUAN : Empat buah van milik Pos Laju Malaysia Berhad yang diletakkan di kawasan letak kenderaan di hadapan Pejabat Pos Lama Jalan Merdeka dipecah cermin bahagian belakang disyaki perbuatan khianat.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 7 pagi pada 11 September lalu apabila salah seorang petugas di syarikat itu mendapati empat buah daripada 7 buah van jenis Toyota HiACE milik Pos Laju Malaysia yang diletakkan di kawasan itu didapati pecah cermin bahagian belakang.

Hasil daripada siasatan lanjut, polis telah menjumpai empat ketul batu berhampiran kenderaan tersebut yang disyaki digunakan untuk memecahkan cermin van tersebut.

Akibat daripada kerosakan itu katanya, Pos Laju Malaysia mengalami kerugian sekitar RM7,200 sambil menambah belum ada tangkapan dibuat.

“Polis masih lagi menyiasat motif sebenar yang kita syaki sebagai kes khianat” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Dalam waktu yang sama, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut supaya tampil untuk membantu pihak polis membuat siasatan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan