Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat Tebusan Malaysia Dibebaskan Abu Sayyaf

25 culik

EMPAT rakyat Malaysia yang diculik Abu Sayyaf pada April lalu telah dibebaskan kumpulan pengganas itu.

Menurut The Star Online, laporan dari Jolo mengatakan empat tebusan itu dibebaskan berikutan beberapa siri rundingan antara Malaysia, Filipina dan kumpulan militan terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun ketika dihubungi portal berita itu bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan.

Empat mangsa culik itu adalah Wong Teck Pang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, yang merupakan anak kapal tunda berdaftar di Malaysia.

Mereka diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.

Penculik tersebut juga dilaporkan mengancam akan memenggal kepala mengsa jika wang tebusan RM30 juta tidak dibayar pada 30 April lalu.

-mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan