Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat tangan, dua kaki

9:58am 05/06/2016 Pak Roshan 1003 views Global
KEADAAN kembar siam berkenaan.

KEADAAN kembar siam berkenaan.

New Delhi: Seorang wanita melahirkan anak kembar siam yang mempunyai dua pasang tangan, tetapi berkongsi sepasang kaki.

Kembar itu, lelaki dan perempuan, juga berkongsi hampir semua organ penting.

Shivrajo Devi, 24, melahirkan kembar itu di sebuah klinik swasta di sebuah kampung di Buzar, Bihar, timur India, Rabu lalu.

Keadaan anak itu bagaimanapun semakin tenat, memaksa mereka dipindahkan ke sebuah hospital lebih besar di bandar.

Pakar kanak-kanak di Hospital Sadar, Dr Raj Kumar Gupta berkata: “Kanak-kanak itu bercantum di pinggang dan hanya kemaluan bayi perempuan sahaja yang boleh dilihat. Walaupun satu lagi kemaluan tidak ada, kami percaya, berdasarkan mukanya, bayi kedua itu lelaki. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan