Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EMPAT SUSPEK PEMBURU HARAM DITAHAN DI SUNGAI MILLIAN, TONGOD

Suspek yang ditahan dalam sekatan jalanraya di kawasan konsesi Yayasan Sabah, Sungai Millian, Tongod hari ini.Gambar SNT/Ehsan Jabatan Hidupan Liar

KOTA KINABALU: Empat orang dipercayai pemburu haram ditahan dalam satu sekatan jalanraya di pintu masuk kawasan konsesi Yayasan Sabah di Sungai Millian, Tongod pada pagi hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua bangkai kijang, iaitu satu spesis binatang terlindung, di dalam kenderaan mereka.

Bangkai yang dipercayai haiwan terlindung, Kijang yang dirampas dari kumpulan lelaki tersebut.Gambar SNT/Ehsan Jabatan Hidupan Liar

Bangkai haiwan bersama-sama kereta pacuan empat roda dan satu motosikal turut dirampas oleh pihak berkuasa. Laporan polis juga telah di buat di Balai Polis Kinabatangan.

Enam pegawai Jabatan Hidupan Liar dan dua dari Jabatan Perhutanan membuat sekatan jalanraya berkenaan selepas mendapat maklumat dari awam mengenai sekumpulan pemburu yang masuk ke dalam kawasan tersebut.

Kesemua lelaki tempatan berumur 23-43 berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 kerana memiliki binatang dan produk binatang terlindung tanpa permit daripada Jabatan Hidupan Liar.

Hukuman bagi kesalahan ini adalah denda tidak kurang dari RM30,000 tetapi tidak melebihi RM100,000 atau penjara sekurang-kurangnya enam bulan dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan