Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat suspek kerat mayat diberkas

kerat mayat

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menahan empat suspek warganegara Myanmar yang disyaki terbabit dalam kes penemuan mayat yang dikerat dua dan dibungkus dalam beg plastik hitam berasingan di dalam parit Lebuhraya PLUS, 1 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, semua suspek itu berusia antara 20 hingga 40 tahun dan berjaya dikenalpasti serta ditangkap dalam tempoh 24 jam selepas penemuan mayat itu.

Menurutnya, semua suspek kini direman 14 hari sehingga 14 Ogos nanti.

“Hasil siasatan dan tindakan pantas yang dibuat berdasarkan maklumat tepat orang awam, semua suspek ini berjaya dikesan di sekitar kawasan Kulaijaya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan diserahkan ke pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan undang-undang.

Komen


Berita Berkaitan