Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat Sekolah Menengah Di Tawau Tandatangani MoU Dengan Sekolah Indonesia

2:36pm 25/02/2016 Pak Roshan 84 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

smk-tawau

TAWAU : Empat sekolah menengah di daerah ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 1, Kota Tarakan, Indonesia, bagi menjalin kesepakatan dalam bidang pendidikan.

Empat sekolah terpilih itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, SMK Kuhara, Sekolah Menengah (SM) St Patrick dan SM Tinggi Cina, Tawau.

Perjanjian itu antara lain membabitkan elemen pertukaran pelajar, maklumat dan budaya antara kedua-dua negara.

Ia dicapai pada lawatan muhibbah Dinas Pendidikan Pemerintah Kota Tarakan dan SMP Negeri 1, Kota Tarakan ke Jabatan Pendidikan Tawau dan beberapa sekolah terbaik di sini sejak Isnin lalu dan berakhir semalam.

Lawatan yang disertai 73 pelajar dan 11 pengiring itu diketuai Timbalan Kepala Dinas Pendidikan Tarakan, Erwin Wello.

Pada satu majlis makan malam bagi meraikan rombongan itu anjuran Jabatan Pendidikan Tawau baru-baru ini, wakil rombongan, Endah Sarastininhsi berkata lawatan itu bukan sahaja dapat memberi maklumat mengenai sistem pendidikan di Malaysia, malah mengeratkan silaturahim antara kedua-dua negara.

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Darmansah Asakil pula mengalu-alukan program seumpama itu kerana ia dapat memberi manfaat kepada pelajar untuk menimba ilmu dan pengalaman.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan