Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat sekeluarga nyaris rentung

kereta terbakar

BINTULU: Empat sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar di hadapan lampu isyarat Jalan Tanjung Kidurong, di sini petang semalam.

Dalam insiden jam 1 petang itu, pemandunya yang merupakan seorang wanita dan anak kepada pemilik kenderaan berkenaan bersama tiga lagi anggota keluarga berhenti di lampu isyarat namun belum sempat meneruskan perjalanan mereka terlihat bahagian hadapan kereta mula mengeluarkan asap.

Kesemua mereka kemudian bergegas keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar sehingga memusnahkan hampir keseluruhan bahagian kenderaan dalam tempoh kurang daripada 10 minit.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu yang dihubungi segera melakukan kerja-kerja mengawal dan memadamkan kebakaran.

Siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada litar pintas pada bahagian pendawaian enjin kenderaan terbabit.

Komen


Berita Berkaitan