Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat sahabat didakwa rompak, rogol

rogol

BUTTERWORTH: Empat sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Butterworth di sini, atas tuduhan melakukan rompakan, merogol, mencabul kehormatan dan melupuskan barang curi.

Kesemua empat tertuduh iaitu Wan Noorsaipul Abdullah, 23, Mohamad Fuzairi Azmi, 23, Mohamad Kamal Masiran, 25 dan Mohamad Azrul Azlan, 19, dituduh menyamun seorang wanita warga China berusia 21 tahun di Hentian Rehat Jambatan Pulau Pinang jam 3.30 pagi 3 Ogos lalu.

Mereka turut dituduh melakukan melakukan samun secara berkumpulan dan mendatangkan kecederaan terhadap lelaki tempatan berusia 46 tahun di lokasi, masa dan tarikh sama.

Mohamad Azrul Azlan dan Mohamad Fuzairi pula dituduh merogol wanita berkenaan di Kawasan Bendang, Sungai Lokan, Seberang Perai Utara (SPU), antara jam 3.30 pagi hingga 7.07 pagi.


Wan Noorsaipul turut berhadapan tuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan maksud untuk mencabul kehormatan di Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Lokan, SPU.


Sementara itu Mohamad Fuzairi berhadapan satu lagi tuduhan melupuskan harta curi iaitu telefon bimbit jenis iPhone 5 di FA-TELESHOPE No 1325 Sungai Puyu, Sungai Puyu, Butterworth.

Komen


Berita Berkaitan