Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat rumah setinggan musnah

8:00pm 02/11/2015 Ann Vivien 192 views Jenayah,Tempatan

fire

SANDAKAN: Empat rumah jenis sementara di Kampung Bukit Nenas di Karamunting terlibat dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 3.26 petang dan mengerahkan lima pegawai bersama 17 anggota ke lokasi kejadian.

Menurut Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew, laporan awal mengesahkan kejadian kebakaran itu melibatkan 4 buah rumah setinggan yang musnah 98 peratus.

Katanya, meskipun kedudukan rumah sangat rapat, namun pihaknya berjaya mengawal kebakaran dari merebak dengan menggunakan air dari tanker bomba dan sumber air terbuka (perigi).

Operasi terkawal pada jam 3.53 petang. Tiada mangsa dilaporkan terlibat sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian akan disiasat.-AA/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan