Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,738

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat remaja ditahan kerana mencuri

1:11pm 18/06/2016 Leolerry Lajius 112 views Jenayah,Tempatan
Barang milik mangsa  yang ditemui dalam kenderaan milik suspek.

Barang milik mangsa yang ditemui dalam kenderaan milik suspek.

KOTA KINABALU: Empat orang remaja ditahan kerana mencuri beg pakaian seorang wanita di lapangan terbang Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Tangkapan dibuat susulan daripada laporan mangsa yang mendakwa beg pakaiannya yang diletakkan di atas troli telah hilang ketika berehat dan tidur di kerusi selepas tiba dari Manila sementara menunggu siang untuk menyambung penerbangan ke Bintulu Sarawak seawal jam 7.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, bertindak atas aduan pengadu, penyelia 24 jam Balai KKIA KPL. Azrin Bin Yasin bersama anggota lain dengan bantuan anggota OPS LEDAK telah bergerak ke Lokasi kejadian dan dalam masa yang sama melihat sebuah kereta jenis Kenari berada di tempat meletak kenderaan di aras 3 yang agak mencurigakan dan terdapat empat orang remaja lelaki berada dalam kereta tersebut.

“Pihak polis telah menemui terdapat beberapa beg pakaian di dalam kenderaan berkenaan dan telah memanggil mangsa untuk membuat pengecaman.”

“Pengecaman awal pengadu ke atas barang yang ada dalam kenderaan seperti beg sandang, bahan kosmetik, makanan keropok termasuk pakaian disahkan adalah miliknya,”katanya.

Chandra turut menasihati penumpang supaya menjaga dan mengawal barang persendiran dengan lebih teliti bagi mengelakkan kes sama berulang.

Kesemua yang ditangkap adalah remaja berusia 17 tahun seramai tiga orang dan seorang lagi remaja berusia 22 tahun. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan