Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,510

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat penghasut

11:30am 02/04/2017 Pak Roshan 1466 views Global

GAMBAR fail, sebahagian anggota kumpulan Abu Sayyaf

Kuala Lumpur: Merekrut ahli baru dari Malaysia, Bangladesh dan Myanmar antara peranan dimainkan warga Malaysia yang sedang bergiat aktif dalam Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) selain bertanggungjawab menyebarkan propaganda Daish

Rekod Bukit Aman mendapati sekurang-kurangnya empat rakyat Malaysia iaitu bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad, Mohamad Joraimee Awang Raimee, Mohd Amin Bacho dan Jeknal Adil menjadi tonggak kepada ASG yang menjadikan Selatan Filipina sebagai lokasi persembunyian.
Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, empat individu terbabit sedang aktif dalam kumpulan berkenaan.

Menceritakan peranan dimainkan mereka, Ayob Khan berkata, berdasarkan maklumat risikan terkini, Dr Mahmud dibantu rakyat Malaysia yang lain dipertanggungjawab untuk menarik lebih ramai anggota baru bagi menyertai mereka.

“Dr Mahmud ini berperanan merekrut ahli baru dari Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar selain mengatur perjalanan mereka (ahli baru) ke selatan Filipina. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan