Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

5 Pelancong China Cedera Bas Terbabas Di Papar Lama

9:39pm 13/05/2016 Pak Roshan 2992 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
KEADAAN bas pelancong yang terbabas ke dalam parit di Kampung Gahana, Jalan Papar Lama, Papar. - Foto Bomba

KEADAAN bas pelancong yang terbabas ke dalam parit di Kampung Gahana, Jalan Papar Lama, Papar. – Foto Bomba

PAPAR: Lima orang termasuk empat pelancong China cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas ke dalam parit berhampiran Kampung Gahana, Jalan Papar Lama, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.20 petang itu, seorang mangsa wanita warga China berumur 59 tahun tersepit dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

AHAGIAN mangsa terdiri daripada pelancong warga China yang cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Gahana, Jalan Papar Lama, Papar. - Foto Bomba

SEBAHAGIAN mangsa terdiri daripada pelancong warga China yang cedera selepas bas persiaran dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Kampung Gahana, Jalan Papar Lama, Papar. – Foto Bomba

Tiga lagi warga China, masing-masing seorang wanita dan dua lelaki mengalami cedera ringan, manakala mangsa kelima ialah pemandu bas warga tempatan berumur 41 tahun yang juga cedera ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Dunstan Peter, berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk mendapatkan rawatan.

“Bas persiaran terbabit dinaiki 11 orang termasuk sembilan pelancong China, pemandu dan dan seorang pemandu pelancong. “Lima cedera termasuk empat pelancong China, manakala enam yang lain tidak mengalami kecederaan.

“Ia dipercayai terbabas selepas hilang kawalan ketika tiba di lokasi kejadian. Bomba menerima panggilan pada jam 2.26 petang dan tiba pada jam 2.39 petang bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya. – BH Online

papar5 papar3 papar2 papar1

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan