Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,775

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat Melecur Kebakaran Janakuasa Hidro Di Tenom

7:06pm 25/07/2016 Pak Roshan 6910 views Keningau,Mutakhir,Tempatan

hidro

KOTA KINABALU : Empat orang melecur dalam kebakaran di Stesen Janakuasa Hidro Pangi, Tenom, kira-kira 173 kilometer dari sini, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata keempat-empat mangsa, masing-masing dua lelaki dan dua wanita telah dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Kebakaran itu melibatkan bangunan jenis kekal di tingkat bawah dan genset 11kv isolator,” menurut kenyataan itu.

JBPM berkata pihaknya menerima panggilan pada 1.02 tengah hari, sebelum sembilan anggota bersama dua jentera dari balai bomba Tenom dikejarkan ke lokasi kejadian terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai bomba berkenaan.

“Anggota bertugas tiba di lokasi 10 minit kemudian dan operasi berjaya dikawal pada 3.05 petang,” kata kenyataan itu.

Berikutan kebakaran itu, difahamkan, beberapa kawasan sekitar daerah Tenom, mengalami gangguan bekalan elektrik.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah gereja berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Berempah di Sipitang, musnah 80 peratus dalam kebakaran kira-kira 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kebakaran tersebut.

“Bomba menerima panggilan kira-kira 8.09 pagi dan 10 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian terletak tujuh kilometer dari balai bomba Sipitang. Operasi ditamatkan pada 9.24 pagi,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan