Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat mati, pesawat kargo terhempas atas bangunan

terhempas

NAIROBI: Empat terkorban apabila sebuah kapal terbang kargo yang membawa daun Qat, terhempas di atas sebuah bangunan sejurus berlepas dari Jomo Kenyatta International Airport (JKIA), di timur negara ini hari ini.

Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya menyatakan, kesemua empat anak kapal termasuk penumpang maut dalam kemalangan tersebut dan setakat ini sebanyak dua mayat telah ditemukan dari bangkai pesawat berkenaan.

“Sebuah pesawat kargo jenis Fokker 50 yang dinaiki empat orang anak kapal termasuk penumpang terhempas pagi ini di atas sebuah bangunan komersial.

“Kejadian berlaku sejurus pesawat berlepas dari JKIA,” kata seorang pegawai penguatkuasa lapangan terbang Kenya dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu terhempas sebelum subuh pada hari ini ketika bangunan itu masih kosong dan setakat ini tiada kecederaan lain dilaporkan.

Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata, pesawat itu terhempas di tingkat bawah bangunan tersebut yang menempatkan beberapa kedai kecil dan besar. Bangunan itu juga terletak tiga kilometer dari lapangan terbang.

“Pesawat berkenaan dipercayai merempuh sebuah kabel elektrik sebelum terhempas lalu terbakar,” kata seorang pegawai polis kanan.

Pasukan polis dan pengawal keselamatan bertindak menutup kawasan kejadian, sementara JKIA ditutup sementara sebelum beroperasi seperti biasa. – AFP

Komen


Berita Berkaitan