Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat Mangsa Culik Abu Sayyaf Tiba Di Sibu

10:18pm 14/06/2016 Pak Roshan 244 views Isu Semasa,Mutakhir
GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

GAMBAR empat rakyat Malaysia yang diculik lelaki bersenjata berhampiran Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lalu, dimuat naik ke laman Facebook.

SIBU – Empat rakyat Sarawak, yang dibebaskan oleh kumpulan militan Abu Sayyaf pada 8 Jun lepas, tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 8.45 pagi tadi.

Sebelum sempat mendapat pelukan dan ciuman daripada anggota keluarga masing-masing, keempat-empat mangsa culik itu dikerumuni anggota media yang turut menantikan kepulangan mereka sejak dari hari mereka dibebaskan.

Namun, usaha menemu bual mereka tidak berhasil kerana kesemua lelaki itu segera dibawa ke kereta yang diletakkan di luar bangunan lapangan terbang.

Para pemberita kemudian mengikut dua beradik Wong Teck Kang, 31 dan Wong Teck Chii, 29, serta sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21, ke rumah mereka di kawasan kediaman Pulau Li Hua di sini.

Bapa dua beradik itu, Wong Chie Ming, yang mengiringi mereka dalam perjalanan dari Kota Kinabalu berkata mereka hanya bersedia untuk bercakap kepada media esok.

“Mereka telah ditemu bual oleh polis sejak tiba di Sandakan. Mereka letih sekarang. Biarlah mereka berehat dulu,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki itu dijamu dengan ‘mee sua’, sejenis mi sup ayam sebagai tanda panjang umur dan bagi membuang nasib malang.

Sementara itu, di rumah Wong Hung Sing, 34, di Jalan Umpi Rantai di sini, anggota keluarganya kelihatan begitu gembira dan terharu dengan kepulangannya.

Bapa Hung Sung, Wong Si Thong berkata keluarga mereka akan mengadakan jamuan kesyukuran dalam tempoh terdekat.

Empat lelaki berkenaan menaiki pesawat MasWing Penerbangan MH3183, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 7 pagi, dan kemudian diiringi dua anggota polis berpakaian biasa ke rumah masing-masing.

Mereka diculik di Pulau Ligitan, Semporna, Sabah pada 1 April lepas. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan