Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat Mangsa Bebas Tanpa Wang Tebusan

7:24pm 09/06/2016 Pak Roshan 1088 views Isu Semasa,Mutakhir

khalidq

TIADA wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf untuk pembebasan empat rakyat Sarawak yang diculik dari perairan antarabangsa di luar Pulau Ligitan pada 1 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran wang tebusan.

“Keempat-empat mereka nampaknya dalam keadaan sihat. Mereka berada di Sandakan akan akan dibawa ke Kota Kinabalu hari ini.

“Kami terpaksa merahsiakan butiran lanjut pergerakan operasi ini kerana kita khuatir keselamatan mangsa dan kami belum ambil keterangan mereka lagi,” katanya yang memetik Astro Awani.

Adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, bersama sepupu mereka, Johnny Lau Jung

Hien, 21, dan rakan sekerja, Wong Hung Sing, 34, diculik dari sebuah kapal tunda di perairan antarabangsa di luar Pulau Ligitan, Sabah pada 1 April lalu.

Kumpulan penculik itu pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkan kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk pembebasan empat pemuda dari Sibu itu.

Sebaik saja dibebaskan, empat tebusan itu menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan.

-MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan