Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat mahasiswa UMS wakili negara ke WCOPA California julai depan

Empat mahasiswa UMS yang akan mewakili negara ke WCOPA di California, Nurazreen (belakang dua kiri), Keren (belakang dua kanan), Quenner (duduk kiri) dan Merald (duduk kanan) sambil disaksikan Rafiandie (belakang tepi kiri) dan Norain (belakang tepi kanan).

KOTA KINABALU: Empat mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili negara ke Pertandingan World Of Championships of Performing Arts (WCOPA) 2018 di California, Amerika Syarikat pada 06 Julai depan.

Pencapaian itu terhasil atas kejayaan cemerlang ketika menyertai empat kategori WCOPA peringkat kebangsaan yang berlangsung di South Gateway  Mall, Bangsar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertandingan tersebut menyaksikan Dayang Nurazreen Salbador dinobatkan sebagai juara Kategori Vokal melalui lagu bertajuk Kurniaan Dalam Samaran sekali gus membawa pulang medal emas dan biasiswa bernilai USD3,000 daripada WCOPA.

Medal emas yang kedua dimenangi oleh Quenner Mitchell yang memainkan muzik tradisi Sabah melalui Kategori Muzik Instrumental Bamboo (Binabad) sekali gus menerima biasiswa USD1,500.

Quenner turut meraih medal emas bagi Kategori Tarian Duet Lelaki dan Perempuan bersama pasangannya yang juga mahasiswa UMS, Keren Len John.

Kejayaan itu membolehkan mereka dinobatkan sebagai pemerima biasiswa bernilai USD3,000.

Walau bagaimana pun Quenner dalam Kategori Duo Lelaki dan Lelaki hanya mampu meraih biasiswa USD1,500 bersama pasangan duo Merald Omel Redick.

Namun kesemua mereka tetap bersama-sama untuk mewakili negara pada kejohanan peringkat dunia di California.

Turut menyaksikan pertandingan peringkat kebangsaan, Pensyarah Pembimbing dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Sharip Zainal Sagkif Shek, Artis Budaya Kanan UMS, Norain Abd Razak dan Artis Budaya, Ahmad Rafiandie Awang./SayangSabah

Merald (tepi kiri), Quenner (dua kiri), Keren (tiga kiri) dan Nurazreen (tiga kanan) bergambar bersama Sharip (tengah), Norain (dua kanan) dan Rafiandie (tepi kanan).

Komen


Berita Berkaitan