Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EMPAT LELAKI, SEORANG PEREMPUAN DITAHAN POSITIF DADAH DI TUARAN

Antara individu yang ditangkap dalam Ops Cegah di Tuaran. Gambar SNT/Ehsan AADK Tuaran

TUARAN: Empat orang lelaki dan seorang perempuan disyaki penagih dadah berjaya ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tuaran hari ini.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata, Ops Cegah yang bermula pukul 12 tengah malam itu dijalankan di Kg Kauluan Tamparuli, Kampung Berungis Tuaran dan Kampung Mengkabong adalah atas aduan orang awam dan risikan selama seminggu.

Pasukan AADK sedang membuat pemeriksaan dalam Ops Cegah awal pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan AADK Tuaran

“Operasi yang turut dibantu AADK Wilayah Persekutuan Labuan menahan seramai empat orang lelaki dan seorang perempuan dalam satu serbuan.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, empat orang lelaki didapati positif dadah jenis syabu manakala seorang lagi perempuan positif syabu” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, ketika operasi seorang lelaki cuba melengah-lengahkan pihak AADK dengan berpura-pura mencari kunci pintu.

Namun, jelasnya, lelaki tersebut berjaya ditahan apabila pihak AADK dapat memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang yang tidak berkunci.

“Suspek tersebut ditahan dan dibawa ke AADK Tuaran untuk siasatan selanjutnya.

“Semua yang ditahan berusia 15 hingga 28 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Sementara itu, Asraf berkata, pihak AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membenteras kegiatan penagihan dadah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan