Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat lelaki rancang letup kuil dihukum penjara

10:53am 16/06/2016 Pak Roshan 14 views Global

mahkamah

Jakarta: Seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan militan Daish dihukum penjara lima tahun semalam kerana merancang meletupkan sebuah kuil Buddha di Pulau Jawa.

Tertuduh yang dikenali sebagai Ibadurrahman, didapati menerima dana dan arahan daripada militan Daish, Bahrum Naim.

Bahrum yang berada di Syria juga dikaitkan dengan serangan berani mati di Jakarta pada Januari lalu yang menyebabkan lapan orang terbunuh.

Tiga lagi tertuduh, Sugiyanto, Saifudin dan Yus Karman juga didapati bersalah dalam rancangan pengganas berkenaan serta masing-masing dihukum penjara lapan bulan hingga empat tahun.

Peguam Ibadurrahman, Kamsi berkata, Bahrum menggunakan laman sosial untuk mempengaruhi tertuduh melancarkan serangan bom berkenaan.

“Ibadurrahman dan Bahrum berkawan sejak kecil lagi.

“Bahrum cuba menarik Ibadurrahman menyertainya di Syria. Dia juga mengarahkan Ibadurrahman melancarkan serangan bom di Solo,” katanya.

Menurutnya, Bahrum memindahkan wang ke sebuah bank di Indonesia bagi membiayai serangan berkenaan.

“Ibadurrahman mengeluarkan wang itu dan merekrut beberapa lagi lelaki sebagai persediaan melancarkan serangan di Solo,” jelasnya.

Kumpulan itu berjaya membuat sebutir bom, tetapi ditangkap polis beberapa hari sebelum serangan dilancarkan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan