Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,741

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat lelaki ditahan kerana terlibat dalam pertaruhan Piala UEFA EURO

1:44pm 24/06/2016 Leolerry Lajius 61 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU: Seramai empat orang lelaki ditahan dalam  OPS SOGA ‘Pertaruhan Bola Sepak Piala UEFA EURO 2016’ dalam operasi yang dijalnkan dari 13 Jun hingga 22 Jun di sekitar Daerah Kota Kinabalu.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, ketika operasi berkenaan pihak polis juga turut merampas barangan milik suspek yang dipercayai digunakan dalam perjudian haram berkenaan yang dianggarkan bernilai RM829.00.

“Operasi ini dijalankan di  Salut Commercial Centre Menggatal, Lintas Plaza, Kg.Air dan Damai Luyang yang melibatkan tangkapan suspek yang berumur antara 20 hingga 39 tahun,” katanya.

Kes sisiasat dibawah seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 (Judi Bookie Bola), dan jika sabit kesalahan Kes boleh dihukum denda tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.
Chandra juga turut menyeru masyarakat agar mengelakkan diri serta tidak terlibat dengan sebarang kegiatan perjudian haram.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan