Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat lelaki ditahan disyaki memiliki dadah

Douglas menunjukkan dadah yang dirampas.
Douglas menunjukkan dadah yang dirampas.

KENINGAU: Tiga lelaki warga tempatan dan seorang  lelaki warga asing berumur lingkungan 35 hingga 42 dicekup polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, polis berjaya merampas 13 peket plastik  lut sinar pelbagai saiz berisi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 5.20 gram dan satu lagi peket plastik lut sinar berisi bahan dadah jenis syabu beranggaran berat kasar 5.40gram.

Katanya, kedua-dua rampasan berkenaan masing-masing dilakukan dalam satu serbuan pada 23 dan 24 Febuari lepas sekitar pukul 3.00 petang dan 7.00 malam di salah sebuah rumah tidak bernombor di tingkat 2 dan di kawasan ladang kelapa sawit disalah sebuah kampung di daerah ini.

“Kesemua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Khamis.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman dibawah seksyen 39A(1) dan 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 untuk siasatan lanjut.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan