Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,430

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat kru Indonesia bebas

8:46am 12/05/2016 Pak Roshan 4054 views Global
Kumpulan Abu Sayyaf di Filipina mencari wang dengan menculik dan menuntut wang tebusan. - Foto AFP (Fail)

Kumpulan Abu Sayyaf di Filipina mencari wang dengan menculik dan menuntut wang tebusan. – Foto AFP (Fail)

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam memberitahu, empat rakyat negara itu yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina hampir sebulan lalu sudah dibebaskan.

Jokowi yang membuat pengumuman itu di televisyen berkata, semua lelaki berkenaan kini di bawah perlindungan pihak berkuasa Filipina dan dalam keadaan sihat.

Semua mangsa anak kapal sebuah bot tunda yang ditawan militan Abu Sayyaf pada 15 April lalu di kawasan perairan Malaysia-Filipina.

Kejadian itu serangan ketiga Abu Sayyaf terhadap bot tunda yang mencetuskan kebimbangan keselamatan maritim serantau.

Kata Jokowi, mesyuarat menteri luar dan ketua tentera dari Indonesia, Malaysia serta Filipina pada minggu lalu bagi meningkatkan keselamatan di kawasan sempadan, membantu usaha membebaskan tebusan berkenaan.

“Saya bersyukur. Operasi ini antara hasil pelaksanaan mesyuarat berkenaan,” katanya.

Pada awal bulan ini, Abu Sayyaf membebaskan 10 kru kapal tunda Indonesia yang diculik di perairan berhampiran selatan Filipina pada Mac lalu.

Semua tebusan berkenaan dibawa ke kawasan hutan tebal di Sulu, kubu kuat kumpulan Abu Sayyaf.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menafikan membayar wang tebusan sebagai pertukaran untuk membebaskan anak kapal berkenaan. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda