Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat ‘kereta sapu’ disita

Empat kenderaan yang disita oleh polis.
Empat kenderaan yang disita oleh polis.

KOTA KINABALU – Sebanyak empat buah kenderaan disita dalam Operasi Roda Trafik semalam selepas didapati digunakan sebagai ‘kereta sapu’ untuk mengambil penumpang awam tanpa permit sah di Kampung Numbak, Menggatal di sini.

Empat orang lelaki tempatan berumur antara 30 hingga 40 yang memandu kenderaan terbabit turut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 33 Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

Manakala, kesemua kenderaan terbabit yang terdiri tiga buah van dan sebuah kenderaan Toyota Unser itu disita di bawah Seksyen 51(1) Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987,l.

“Rampasan dan tangkapan yang dibuat anggota polis itu ekoran aduan dan maklumat yang diterima daripada orang awam berkaitan aktiviti kereta sapu di kawasan tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M Chandra di sini hari ini.

Menurutnya, operasi melibatkan lima anggota dan seorang pegawai Polis Trafik Kota Kinabalu itu turut memberi tumpuan kepada kesalahan trafik lain termasuk penggunaan nombor pendaftaran palsu dan mengesan kenderaan curi khusunya motorsikal.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu operasi membanteras pendatang tanoa izin di kalangan warga asing akan dijalankan dalam tempoh terdekat di Kampung Numbak.

“Maklumat awam yang diterima oleh pihak berkuasa melaporkan bahawa semakin ramai warga asing disyaki pendatang tanpa izin tinggal di perkampungan tersebut,” katanya lagi.
Oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan