Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Terbakar

Foto  Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

TAWAU : Kira-kira 20 orang daripada empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila empat rumah papan hangus dalam kebakaran di kampung Jalan Damai, Apas, hari ini.

Kebakaran kira-kira 11.45 pagi itu turut memusnahkan sebuah kereta.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Tawau Faisal Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 11.50 pagi.

Tiga jentera dengan 12 anggota dikejarkan ke lokasi.

“Ketika bomba sampai, api sedang marak namun mereka dapat mengawal api daripada merebak ke kawasan lain dalam masa 30 minit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Faisal berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian itu.

Tinjauan Bernama mendapati penduduk kampung sedaya upaya membantu memadamkan kebakaran daripada merebak ke rumah jiran sementara menunggu ketibaan bomba.

Bomba menganggarkan kerugian kebakaran RM170,000.

— BERNAMA

Foto  Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan