Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat Bekas Mangsa Culik Militan Abu Sayyaf Masih Di Sabah – Pesuruhjaya Polis Sabah

9:51pm 11/06/2016 Pak Roshan 592 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun.rashid

KOTA KINABALU : Empat rakyat Malaysia dari Sarawak yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf dan dibebaskan pada Rabu lepas masih berada di Sabah bagi membantu siasatan polis, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun.

“(Masih) Di Sabah,” kata Abdul Rashid ketika dihubungi Bernama.

Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik beradik Wong Teck Kang ,31, dan Wong Teck Chii ,29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien ,21, dan seorang lagi anak kapal bot tunda, Wong Hung Sing ,34, diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna pada 1 April lepas.

Semalam Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer berkata keterangan keempat-empat mangsa culik berkenaan mula diambil sejurus mereka tiba di Kota Kinabalu dari Sandakan pada Rabu.

Awang Sahari meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pembebasan mangsa yang boleh mengelirukan orang ramai.
–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan