Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat anak tak mahu jaga ibu

9:48am 12/10/2016 Pak Roshan 2265 views Global

ibu

Beijing Seorang wanita berusia 73 tahun terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap empat anaknya yang enggan menjaganya.

Kes itu dibicarakan di tempat terbuka di sebuah ladang di Pengzhou di Scihuan, wilayah selatan China baru-baru ini, lapor akhbar People’s Daily Online.

Ketika perbicaraan, wanita berkenaan menuntut dia tinggal dengan anak sulungnya selain meminta setiap empat anaknya memberikan 100 yuan (RM62) dan 30 kilogram beras kepadanya setiap bulan.

Katanya, dia terpaksa tinggal di sebuah kuil lama sejak suaminya mati pada 2010.

Wanita itu juga meminta mahkamah mengarahkan anak sulungnya mengerjakan tanahnya.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan yang berlangsung dengan hangat itu, keempat-empat anak gagal mencapai kata sepakat. Mereka bersetuju untuk memberikan wang kepada wanita itu setiap bulan, tetapi tidak mahu dia tinggal bersama mereka. – Agensi/HMetro

EMPAT beradik yang disaman ibu mereka. prevnext

EMPAT beradik yang disaman ibu mereka. prevnext

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan