Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

EMPANGAN PAPAR BUKAN DI KAIDUAN

Shafie ketika ditemui pemberita di Penampang tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Pembinaan Empangan Papar akan didirikan di kawasan lain bukan di lokasi sama Empangan Kaiduan seperti didakwa sesetengah pihak yang membantah cadangan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, projek membina empangan baharu itu perlu diteruskan sebagai usaha menangani krisis kekurangan bekalan air di negeri ini memandangkan kapasiti air di Sabah kini kurang 15 peratus.

“Perkara ini telah kita bincangkan secara terperinci termasuk lokasi Empangan Papar. Sudah tentu, pembinanaannya bukan di kawasan sama Empangan Kaiduan tetapi di sekitar daerah itu.

“Kita amat memerlukan sebuah empangan baharu bagi menangani krisis di negeri ini kerana dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini dijangka bekalan air di Kota Kinabalu sendiri tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Shafie menjelaskan, kerajaan negeri tidak mahu sehingga berlaku masalah kekurangan bekalan air pada tahap kritikal sedangkan isu itu boleh diatasi pada peringkat awal.

Pembinaan Empangan Kaiduan diumumkan oleh Menteri Pembangunan Infrastuktur Negeri, Datuk Peter Anthony yang telah membuat lawatan ke lokasi pembinaan empangan ttersebut di Kampung Bisuang, Papar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pembinaan empangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk penduduk kampung, aktivitis dan badan bukan kerajaan (NGO).- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan