Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empangan Babagon penyelamat krisis el-nino

Pairin yang menerima cenderahati daripada Michael Emban selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, merasmikan Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri. - foto Alex Mairin
Pairin yang menerima cenderahati daripada Michael Emban selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, merasmikan Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Empangan Babagon menjadi penyelamat kepada krisis air yang dihadapi oleh penduduk negeri ini akibat fenomena El-Nino semasa ia melanda seluruh negara sekitar 1998.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, keputusan kerajaan negeri untuk membina sebuah empangan pada sekitar akhir 80-an, bertujuan bagi mengatasi krisis bekalan air serta menampung keperluan penduduk.

“Justeru apabila musim kemarau berpanjang terutama semasa 1998 berlaku, kita bernasib baik kerana sudah mempunyai Empangan Babagon,” katanya yang menjadi Ketua Menteri sekitar tahun tersebut.

Terdahulu, beliau mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, merasmikan Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.

 

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan dan Infrastruktur negeri, Datuk Michael Emban.

 

Sehubungan itu, Pairin menambah, kerajaan negeri akan meneruskan projek pembinaan Empangan Kaiduan di Papar dan diharapkan ia dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun lagi.

 

Beliau memberitahu, ketika ini kerajaan negeri mempunyai simpanan air di Telibung, Tuaran sebagai bekalan tambahan sekiranya keperluan air mendesak dan tidak mencukupi untuk menampung kegunaan harian penduduk. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan