Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empangan akan dibina kalau penduduk kampong bersetuju

datuk rahman dahlan

KOTA KINABALU: Cadangan pembinaan empangan Tambatuon di Kota Belud dekat sini hanya akan dibina dengan persetujuan penduduk kampung, kata Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata projek yang bernilan RM400 juta itu ditanggung pembinaan kerana bantahan penduduk kampung.

Ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka di kediamannya di sini, beliau berkata “ Saya telah berjanji dengan masyarakat setempat empangan tersebut akan dibina hanya apabila penduduk kampung Tambatuon bersetuju’.

Beliau berkata projek tersebut akan memanfaatkan banyak pihak terutama dalam industri tanaman padi di daerah itu selain mampu menyediakan kemudahan air bersih kepada penduduk.

“Dengan adanya empangan tersebut, penduduk di daerah ini juga akan mendapat kemudahan air bersih ketika musim kemarau dan ia juga mampu menjana elektrik pada masa akan datang’. Katanya.

Justeru beliau berharap agar parti pembangkang terutama DAP tidak akan terus mendesak dan mempengaruhi penduduk kampung untuk mengadakan protes tetapi membiarkan penduduk membuat keputusan mereka sendiri.

“ Parti DAP hanya tahu bercakap, mereka membantah pembinaan empangan di Kota Belud tetapi pada masa yang sama telah meminta Kerajaan Persekutuan untuk membina Empangan Mengkuang 2 di Pulau Pinang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.2 bilion” katanya lagi.

Komen


Berita Berkaitan