Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Emosi saya bercampur’

najib emosi

Datuk Seri Najib Razak mengakui tindakannya berunding dengan kumpulan pemisah di Ukraine menyentuh sensitiviti tertentu, selain meletakkan 12 nyawa pasukan keselamatan dalam risiko.

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, gerak hatinya kuat menyatakan ia perlu dilakukan dan merentasi dimensi geopolitik.

“Saya buat apa yang perlu saya lakukan. Saya memikirkan soal beban emosi keluarga mangsa jika perlu menunggu lebih lama.

“Rundingan itu sulit dan saya perlu melakukannya sendiri. Saya memberi arahan spesifik dan tersilap langkah, risikonya ditanggung 12 anggota pasukan kita dan hakikat itu sentiasa berada di fikiran saya.

“Emosi saya bercampur-baur. Kekuatan saya adalah Tuhan dan keluarga. Dugaan Ramadan ini memang hebat, saya perlu membuat panggilan pada jam 3 hingga 5 pagi, tidur tak cukup tetapi semua itu perlu dilalui.

“Alhamdulillah, di akhirnya semua berjalan lancar,” katanya. pada sidang media di akhir lawatan kerja dua hari ke Belanda di Intercontinental Amstel Hotel di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman, dan Duta Malaysia ke Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohd Taib.

Menyifatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan nahas MH17 sebagai ujian besar bagi negara, Najib berkata, hubungan baik di peringkat antarabangsa serta pengalaman dimiliki banyak membantu menangani keadaan.

Komen


Berita Berkaitan