Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elaun tenaga pengajar di Sekolah Agama Rendah dinaikkan

elaun guru

KOTA KINABALU: Pengetua, guru besar dan guru-guru di sekolah agama negeri akan menerima kenaikan elaun sehingga RM1500 sebulan daripada Pusat Zakat Negeri Sabah.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif berkata, pengetua dan guru besar sekolah agama negeri akan menerima kenaikan elaun setiap bulan sebanyak RM200, sementara bagi guru tadika agama pula akan menerima kenaikan RM100.

Katanya, guru-guru agama di sekolah menengah yang dilantik oleh Pusat Zakat Negeri Sabah, akan menerima kenaikan elaun RM1500 berbanding RM1000 sebelum ini.

“Guru sekolah agama negeri pula akan menerima kenaikan elaun dari RM800 kepada RM1000 setiap bulan,” katanya pada sidang media di Konvokesyen Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat Negeri Sabah kali Kedua di sini hari ini.

Pembayaran kenaikan elaun tersebut telahpun bermula pada Julai tahun ini, katanya.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan pembinaan sebuah kampus baru Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat negeri di Membakut yang akan bermula pada tahun depan.

Menurutnya, kampus yang bernilai RM16 juta itu akan dibina di kawasan seluas 16 ekar.

Beliau turut memuji kepada tenaga pengajar Maahad Tahfiz al Quran wal-Qiraat Negeri Sabah kerana telah berjaya melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang berkenaan.

“Syabas buat semua pelajar yang berjaya menghabiskan dengan jayanya dan kepada ibu bapa yang bertungkus-lumus berkorban untuk kejayaan anak-anak,” katanya.

Beliau berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menuntut ilmu di pusat tahfiz tersebut, seterusnya dapat memberikan khidmat dengan cemerlang kapada agama, bangsa dan Negara di masa hadapan.- NUZIR ANDI SAMSIAR

Komen


Berita Berkaitan