Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Elakkan tabiat percuma untuk kawan dalam perniagaan.-Masidi

9:12pm 17/01/2016 Leolerry Lajius 3399 views Perniagaan,Tempatan

masidi

KOTA KINABALU: “Elakkan istilah percuma atau tidak perlu bayar hanya kerana dia sahabat kita jika mahu maju dalam perniagaan.”

Demikian ungkapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika berucap merasmikan Haus Cafe yang dibuka secara rasmi kepada orang ramai petang tadi.

“Jika mahu berjaya dalam perniagaan istilah percuma untuk kawan atau tidak perlu bayar kerana kawan, haruslah dielakkan kerana ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan peniaga bumiputera sukar untuk memajukan perniagaan,”katanya.

Masidi juga menyeru agar masyarakat menjadikan peniaga india sebagai salah satu contoh dalam memajukan perniagaan kerana ramai di antara mereka yang telah berjaya dalam perniagaan tidak kira di mana sahaja mereka berada.

“Di daerah ranau, kedai makan kebanyakannya diusahakan oleh peniaga india sedangkan majoriti penduduknya adalah dusun dan mereka juga bijak membuat nilai tambah dalam perusahaan mereka. Contohnya, mereka menyediakan television di kedai mereka dan memasang gusti sebagai penarik pelanggan,”katanya.

Haus Cafe yang memulakan operasi secara rasmi pada hari ini terletak di 88 Marketplace Kepayan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan