Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Elakkan perpecahan sesama sendiri- Hamisa

8:16am 14/06/2016 Leolerry Lajius 26 views Tempatan
Hamisa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.-Gambar Oleh Alex Mairin

Hamisa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: “Kita haruslah mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri dan berusaha mengukuhkan ukhwah serta mengambil pengiktibaran daripada apa yang kita nikmati hari ini, dengan suasana yang dialami oleh saudara-saudara Islam kita di negara lain.”

Demikian ungkapan Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hajah hamisa Samat sempena majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan ibu tunggal, di sini, kelmarin.

Hamisa turut menyatakan, rezeki berpuasa dan rezeki dapat menikmati suasana kehidupan di negeri dan negara yang penuh sejahtera ini adalah merupakan rahmat Allah yang perlu kita semua syukuri.

“Harus kita ingat bahawa semasa kita berbuka puasa dalam keadaan yang umumnya selamat dengan makanan yang bukan sahaja cukup tetapi lebih daripada mencukupi, terdapat ramai orang Islam yang menderita”katanya.

Tambah Hamisa, beliau berharap dalam bulan Ramadan ini, masyarakat dapat menyempurnakan ibadah dengan lebih baik, serta tidak melupakan golongan yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

“Amalan bersedekah, adalah dituntut dalam Islam bagi mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.”

“Saya juga menyeru syarikat dan badan korporat memainkan peranan mereka membantu kepada golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Saya berharap syarikat agensi kerajaan di bawah kementerian ini, supaya tampil membantu golongan kurang bernasib baik melalui program-program amal dan tajaan dana,” katanya.

Sempena majlis berkenaan seramai 24 orang anak yatim dan seorang ibu tunggal menerima sumbangan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan