Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak tragedi berulang

KAPTEN Achmad Rizal (kiri) dan Tri Hanggini Ichair mengemudi pesawat khas yang membawa jenazah pramugari AirAsia dari Surabaya ke Palembang, semalam.
KAPTEN Achmad Rizal (kiri) dan Tri Hanggini Ichair mengemudi pesawat khas yang membawa jenazah pramugari AirAsia dari Surabaya ke Palembang, semalam.

Surabaya: “Saya lihat awam kumulonimbus sangat panjang menyebabkan saya mengambil keputusan menggelak dari merempuhnya. Saya khuatir tragedi sama berulang (nahas pesawat QZ8501),” kata Kapten Achmad Rizal kepada wartawan sebaik pesawat khas membawa jenazah mangsa, Khairunisa Haidar Fauzi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badarudin 2 Palembang, kelmarin.

Dia bersama rakan setugas Kapten Tri Hanggono Ichair dipertanggungjawabkan menerbangkan pesawat Airbus A320 membawa jenazah pramugari AirAsia Indonesia itu yang terkorban dalam nahas pesawat QZ8501.

Achmad Rizal berkata, ketika dalam perjalanan itu keadaan cuaca tidak elok ditambah awan kumulonimbus yang tebal menyebabkan pesawat sedikit bergegar.

“Di dalam fikiran saya ketika itu hanya berdoa kepada Allah SWT semoga niat murni saya mahu menghantar jenazah Khairunisa ke kampung halamannya berjalan lancar.

“Saya anggap apa yang saya lakukan ini adalah penghormatan terakhir buatnya. Saya memang mengenalinya kerana kami sering terbang bersama ketika bertugas,” katanya ketika ditanya wartawan secara eksklusif selepas berkesempatan mengikuti penerbangan khas itu.

Menurutnya, dia bersimpati dan mengharapkan ahli keluarga Khairunisa tabah menghadapi ujian berat itu.

Sementara itu, Kapten Tri Hanggono pula berkata, dia berasa sedih dan terkejut sebaik menerima berita insiden itu.

“Lebih menyedihkan apabila mayat yang ditemui itu adalah Khairulnisa kerana saya memang mengenalinya berikutan kerap bertugas bersama-sama.

“Walaupun saya sedang bercuti namun sanggup memikul amanah untuk membawa jenazah pulang ke pangkuan keluarganya kerana ini sahajalah yang mampu dilakukan sebagai penghormatan terakhir,” katanya.-Harian Metro Online

Komen


Berita Berkaitan