Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak terpedaya isu disebar media sosial

Pengerusi Permuafakatan K1M Sabah, Tahir Mat Soon (kiri sekali) menerima replika cek geran peruntukan pentadbiran dan aktiviti K1M Sabah daripada Yahya Hussin (tiga dari kanan). - foto Jabatan Penerangan
Pengerusi Permuafakatan K1M Sabah, Tahir Mat Soon (kiri sekali) menerima replika cek geran peruntukan pentadbiran dan aktiviti K1M Sabah daripada Yahya Hussin (tiga dari kanan). – foto Jabatan Penerangan

PUTATAN – Rakyat tidak seharusnya menjadikan media sosial sebagai alat bagi menimbulkan isu-isu negatif dan sensitif kerana ia boleh mewujudkan perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama.

Nasihat itu dilontarkan oleh Timbalan Ketua Menteri DatukYahya Hussin bahawa rakyat negeri ini perlu bijak menilai dan menapis maklumat di laman media sosial terutamanya yang memberikan fakta yang tidak benar berkaitan kerajaan.

“Penyaringan boleh dilakukan dengan merujuk kepada pihak berkuasa atau pihak yang berkenaan dengannya,” katanya ketika berucap merasmikan Program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri Sabah di Dataran Betitik Putatan, di sini semalam.

Sehubungan itu, Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri mahu rakyat tidak memperbesarkan isu remeh sehingga menimbulkan perpecahan, sebaliknya perlu bersyukur dan terus bersatu padu kerana negara ini sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

Dalam pada itu, beliau menggesa agar Jabatan Penerangan terus mempertingkatkan kaedah penyampaian maklumat kepada orang ramai dengan menggunakan sepenuhnya teknologi terkini memandangkan orang samai kini tidak lagi terikat dengan satu sumber berita sahaja.

Katanya, penggunaan teknologi terkini akan dapat membantu jabatan itu memantapkan lagi keberkesanan penyampaian maklumat kepada orang ramai.

“Ini termasuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan, contohnya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mula berkuatkuasa 1 April ini,” katanya.

Yahya berkata penyertaan pelbagai komuniti dalam program seumpama ini juga penting bagi mengeratkan perpaduan seterusnya memantapkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan