Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak sebar maklumat palsu dalam Internet 

Radin bersama-sama para jemputan dan pelajar dalam sesi gambar berkumpulan selepas program senamrobik.
Radin bersama-sama para jemputan dan pelajar dalam sesi gambar berkumpulan selepas program senamrobik.

TENOM – Golongan belia perlu menyedari kesan daripada tindakan penyebaran dan perkongsian maklumat palsu dilaman sosial boleh menjejaskan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Nasihat itu dilontarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh agar belia lebih berhati hati dan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat masa kini untuk membantu mereka dalam pelajaran.

“Golongan belia khususnya para pelajar sekolah harus bijak untuk menggunapakai aplikasi-aplikasi teknologi maklumat khususnya media sosial yang semakin popluar pada hari ini agar ia boleh membantu perkembangan pembelajaran mereka,” katanya.

Radin berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Senamrobik Bina Hidup Sihat anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Tenom dengan kerjasama Nio Fitness Club Sabah di Padang SMK Tenom, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radin turut menyelar tindakan segelintir kumpulan atau individu tertentu yang memburuk-burukkan pemimpin dan negara ini melalui penyebaran maklumat palsu yang boleh menimbulkan fitnah serta kebencian rakyat berbilang kaum terhadap pemimpin negara ini.

“Saya pernah menerima mesej serta gambar berkaitan pemimpin kita yang sengaja diubahsuai oleh mereka yang tidak bertanggunjawab untuk menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. Walaupun ia tidak benar, namun tindakan itu boleh menjejaskan kredibiliti pemimpin berkenaan.

“Tindakan menghina pemimpin di media-media sosial sememangnya tidak sesuai dengan nilai-nilai moral ketimuran yang diamalkan oleh masyarakat kita,” ujarnya.

Mengenai program itu, beliau berkata, aktiviti senamrobik yang dilaksanakan oleh PIBG sekolah berkenaan dapat mengeratkan hubungan dan persefahaman di antara ibu bapa serta guru-guru di sekolah berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap agar ibu bapa menyertai program yang dilaksanakan oleh PIBG masing-masing di sekolah berkenaan demi kecemerlangan pendidikan anak-anak mereka.

Menurut beliau lagi, kerajaan akan terus melaksanakan program-program pendidikan secara holistik demi kejayaan agenda pendidikan nasional untuk melahirkan masyarakat yang progesif, bermoral serta berintegiti. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan