Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak perpecahan, gugat kestabilan parti

Tawfiq (dua kiri) menyampaikan sumbangan hari raya kepada Tony Taha Malisi (kanan).
Tawfiq (dua kiri) menyampaikan sumbangan hari raya kepada Tony Taha Malisi (kanan).

TAWAU – Ahli Umno perlu bersatu bagi mengukuhkan parti demi kelangsungan kemajuan dan kecemerlangan yang di kecapi pada hari ini.

Ketua Bahagian UMNO Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan berkata, sebagai ahli UMNO mereka juga perlu menangkis segala tuduhan yang dilemparkan kepada pucuk pimpinan sejak akhir-akhir ini bagi memastikan parti itu terus mentadbir negara.

“Kita perlu bersyukur kerana banyak pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan sebelum ini bagi kemudahan rakyat selain pelbagai bantuan yang disalurkan dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan khas pemimpin bersama rakyat di Perpustakaan Wilayah Tawau, di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau mengingat agar ahli UMNO tidak terpedaya dengan sebarang tomahan yang tidak berasas sehingga boleh memecah belahkan parti dan menggugat sistem pentadbiran negara pada masa akan datang.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan negeri turut mengajak semua ahli UMNO agar terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi meneruskan usaha melaksanakan pembangunan negara. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan