Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Elak pembakaran terbuka semasa El Nino

8:04am 06/06/2014 Pak Roshan 11 views Pelbagai

bakar

PORT DICKSON: Semua pihak digesa untuk tidak mengadakan pembakaran terbuka dalam tempoh cuaca kering berpanjangan kesan daripada fenomena El Nino, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit.

Beliau berkata pihak kerajaan negeri dan kerajaan tempatan serta pemilik tanah dinasihati supaya memantau kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, kawasan perladangan dan pertanian serta industri serta mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan pembakaran terbuka dilakukan.

“Cuaca panas dan kering berpotensi menyebabkan kebakaran terbuka yang menyumbang kepada masalah jerebu. Oleh itu, saya menggesa orang ramai supaya memberikan kerjasama dan tidak melakukan pembakaran terbuka,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Rakan Alam Sekitar (RAS) sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 di sini hari ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan