Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak main isu bangsa dan kaum

SIPITANG: Elak mainkan isu bangsa dan kaum semasa berkempen.

Calon Barisan Nasional (BN)​ Dewan Undangan ​Negeri (DUN) ​Sindumin, Datuk Sapawi Ahmad berkata pihak pembangkang tidak harus memainkan isu berkenaan semasa berkempen pada Pilihan​ R​aya Umum ke-14.

“Jangan mainkan isu perkauman kerana kita semua saling memerlukan.

“BN ​menjaminkan kesejahteraan suku bangsa di bandar ​dan ​luar bandar tanpa mengira suku bangsa agar terus terpelihara dan menjamin kesinambungan pembangunan Sipitang,”​ ​katanya semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Titik Sentuh di sini pagi tadi.

Untuk rekod terdapat 31,882 ribu pengundi yang layak mengundi di Parlimen Sipitang dan seramai 16,902 pengundi di Sindumin ya​n​g terdiri daripada suku kaum Kedayan, Cina, Dusun, Brunei, Lunday​e​h, Murut, Bisaya ​​dan Lu​n​bawang.

Hadir sama ​di majlis tersebut ​ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak dan isteri, Datuk Raya Erom​;​ calon Parlimen ​Sipitang, Yamani Hafez Musa​;​ calon DUN Lumadan, Matbali Musah​;​ Mantan ADUN Sindumin, Datuk Ahmad Bujang dan Timbalan Presiden PBS Sabah, Datuk Senator Jamilah Haji Sulaiman./PENERANGAN-

Salleh (lima dari kiri), Sapawi (enam dari kiri), Yamani (tiga dari kanan), Ahmad Bujang (dua dari kanan) melaung sokongan kepada BN.

Komen


Berita Berkaitan