Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak layari laman sosial gerakan luar

Razak (barisan tengah) bergambar kenangan bersama peserta Kempen Akar Umbi, Kemasyarakatan dan Kesukarelaan Peringkat Daerah Semporna anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Arung Hayat Resort Pulau Mabul, Semporna.

SEMPORNA – Kekuatan serta legasi untuk meneruskan pembangunan negara pada masa akan datang terletak pada bahu golongan belia sebagai perwaris kepimpinan negara.

Menjelaskan perkara ini Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Razak Sakaran berkata, kegagalan membentuk golongan belia dengan jatidiri yang kukuh akhlak yang mulia disamping penerapan ilmu pengetahuan akan menjejaskan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan terus membangun.

“Justeru golongan belia perlu melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetuhan, jatidiri serta akhlak yang mulia bagi melayakkan mereka menjadi modal insan berkualiti untuk mewarisi kepimpinan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan program Kempen Akar Umbi, Kemasyarakatan dan Kesukarelaan Peringkat Daerah Semporna anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Arung Hayat Resort Pulau Mabul, di sini semalam.

Program gotong-royong turut diadakan sempena Kempen Akar Umbi, Kemasyarakatan dan Kesukarelaan Peringkat Daerah Semporna  di Arung Hayat Resort Pulau Mabul, Semporna.
Program gotong-royong turut diadakan sempena Kempen Akar Umbi, Kemasyarakatan dan Kesukarelaan Peringkat Daerah Semporna di Arung Hayat Resort Pulau Mabul, Semporna.

Sehubungan itu, Razak meminta golongan belia agar tidak leka dan lalai dalam arus kemajuan teknologi moden yang pesat berkembang maju sehingga mejejaskan tumpuan mereka terhadap tanggungjawab kepada keluarga masyarakat dan negara.

Beliau juga mengingatkan golongan belia agar berhemah dan berfikir secara bijak ketika melayari media maya terutamanya laman sosial dan tidak mudah terpedaya dengan gerakan ISIS yang menggunakan Facebook untuk mempengaruhi golongan belia menyertai gerakan mereka yang sia-sia. – SayangSabah

Komen

Berita Berkaitan