Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak jadi statistik kemalangan

lee

KOTA KINABALU – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan melaksanakan lebih banyak probram berkaitan kesedaran keselamatan jalan raya kepada rakyat di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, antara program yang telah diatur ialah bengkel dan seminar dalam usaha mempromosikan keselamatan di jalan raya kepada semua masyarakat.

“Kesedaran mengenai keselamatan jalan raya bukan sahaja kita kembangkan ke sekolah, malah semua pengguna jalan raya. Usaha itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya khususnya membabitkan pekerja yang menuju ke tempat kerja dari rumah dan sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Dr. Tam Weng Wah dan Pengetua SMK Sanzac, Diuh Balimbang.

Mengenai program tersebut, Lam Thye menasihatkan pelajar agar mengambil serius isu berkaitan keselamatan diri mereka ketika berada di jalan raya bagi memastikan mereka sentiasa selamat.

Beliau berkata, JKJR NIOSH dan Jabatan Pendidikan mengambil inisiatif mengadakan program keselamatan jalan raya peringkat sekolah di seluruh negara termasuk Sabah.

“Generasi muda kena ubah sikap dan ambil serius isu keselamatan di jalan raya. Janganlah menggunakan telefon ketika berada di jalan raya khususnya penunggang motosikal.

“Ini kerana, kelalaian sendiri boleh membawa maut kerana kemalangan boleh berlaku tidak sampai tempoh seminit. Kita tidak mahu pelajar menjadi mangsa kemalangan maut dalam usia muda mereka sekali gus menjadi sebahagian daripada statistik kemalangan maut,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan