Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Elak gajah, lelaki maut motosikal dirempuh treler

11:22pm 29/12/2015 Pak Roshan 176 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
ORANG ramai cuba mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah lori balak di Ladang Baru Brumas, Tawau.

ORANG ramai cuba mengeluarkan mangsa yang terperosok bawah lori balak di Ladang Baru Brumas, Tawau.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal yang cuba mengelak seekor gajah melintas di hadapannya secara tiba-tiba, maut apabila dirempuh lori balak di Ladang Baru Brumas dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 8.30 pagi, Tambrin Irwan, 28, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan selepas terperosok di bawah lori balak terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, lori balak dan motosikal terbabit dari arah sama iaitu Kongsi 8 Ladang Brumas menghala ke Ladang Baru Brumas.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa bertembung seekor gajah yang melintas di depannya menyebabkannya cuba berpatah balik namun dia dirempuh lori balak terbabit yang tidak sempat mengelak.

“Penunggang motosikal kemudian terperosok ke bawah lori balak sebelum digilis tayar hadapan kenderaan berat berkenaan,” katanya di sini, petang ini.

Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Brumas dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan