Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak bersikap keterlaluan

Radin Malleh
Radin Malleh

TENOM – Perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum dan kepercayaan di negara ini khususnya di Sabah yang sudah wujud sejak dahulu lagi perlu dikekalkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, perpaduan yang menyumbang kepada keharmonian dan keamanan ini perlu dijaga oleh semua pihak.

Katanya, para pemimpin perlu memberi perhatian dan bertanggungjawab dalam menjaga perpaduan yang sudah menjadi amalan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sabah memang mengamalkan perpaduan sejak turun temurun dan perlu dipelihara agar ia tidak dicemari dengan sikap segelintir individu yang bersikap keterlaluan dalam menyebarkan fahaman politik dan agama,” katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Tenom dan KRT Kampung Jawa Uloi Tenom di balai raya Kampung Jawa Ulloi, di sini kelmarin.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, setiap individu atau kumpulan yang menyebarkan fahaman politik mereka perlul menghormati undang-undang dan peraturan mahupun adat istiadat sesuatu kaum bagi menjaga sensitiviti kaum di sesuatu kawasan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan