Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak bercakaran sesama ahli

Limus (tengah) menyaksikan penyampaian sumbangan kepada UPKO Bahagian yang terlibat dalam program itu yang disampaikan Arthur (kiri) sambil diperhatikan Fredolin (kanan sekali). - foto Aryan de Vera / SayangSabah
Limus (tengah) menyaksikan penyampaian sumbangan kepada UPKO Bahagian yang terlibat dalam program itu yang disampaikan Arthur (kiri) sambil diperhatikan Fredolin (kanan sekali). – foto Aryan de Vera / SayangSabah

KUALA PENYU – Ahli Parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) digesa agar mengekalkan kesepakatan bagi memastikan parti itu terus kekal sebagai sebuah pertubuhan politik yang kuat.

Ketua UPKO Bahagian Beaufort merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Jury berkata, persefahaman itu penting agar ia sentiasa relevan sebagai ‘tunjang’ dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Menurut beliau, selaku parti komponen UPKO mempunyai peranan besar bagi membantu BN mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga kerusi di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Ia membolehkan UPKO mengukuhkan lagi perjuangannya dalam BN dan permintaan akan dapat dipenuhi, sekaligus memastikan BN terus kekal mentadbir negara dan negeri ini pada PRU14 akan datang. Elakkan bercakaran sesama sendiri kerana ia akan meruntuhkan kekuatan parti,” katanya ketika berucap sempena Jelajah Exco Pemuda UPKO Pusat di Pantai Sawangan, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UPKO Pusat, Arthur Sen; Bendahari Exco Pemuda, Fredolin Inggo serta beberapa pemimpin Exco Pemuda UPKO dari beberapa bahagian di seluruh negeri ini. – oleh Aryan de Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan