Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Elak akidah terpesong: Nik Nadzri

Nik Nadzri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan kanak-kanak pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Nik Nadzri (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada golongan kanak-kanak pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Masyarakat Islam diingatkan agar tidak mudah terpengaruh kepada perkara yang boleh memesongkan akidah agama Islam sebenar.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau, Nik Nadzri Nik Zawawi berkata, sebaliknya masyarakat islam perlu bijak menilai dan bukannya mudah terpengaruh yang boleh memecahbelahkan perpaduan sesama masyarakat Islam.

“Masyarakat Islam juga perlu menghormati pelbagai anutan agama lain yang ada di negeri ini, ia bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang boleh mengugat keamanan sejagat sedia ada.

“Menghormati agama orang lain amat perlu agar semangat kekitaan dapat dipupuk demi kebaikan bersama dan bukannya kita mencaci di antara satu sama lain,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Masjid Kampung Bariawa Ulu di sini semalam.

Dalam majlis itu, beliau yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan keperluan barangan makanan kepada golongan fakir miskin,mualaf, warga emas dan ibu tunggal. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan