Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

El Nino Hadkan Aktiviti Seharian Penduduk Di Sandakan

6:19pm 18/03/2016 Pak Roshan 1534 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan

sandakan

SANDAKAN : Cuaca panas berikutan fenomena El-Nino yang melanda negara mengehadkan aktiviti seharian penduduk di daerah ini.

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata mereka yang terdedah dengan aktiviti di luar digalakkan meminum air dengan kuantiti yang banyak serta menggunakan pelindung seperti topi dan payung.

“Masyarakat perlu mengurangkan aktiviti di luar seperti bersenam bagi mengelakkan dehidrasi dan minum minuman isotonik kerana dapat menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Johari berkata cuaca panas juga memberi tekanan kepada tubuh badan manusia dan terdedah kepada gejala seperti sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, demam dan mampu mengundang kepada penyakit kronik seperti strok haba yang boleh membawa maut.

Sementara itu, seorang suri rumah, Rahyuni Linggam, 30, yang tinggal di Batu 32 di sini berkata cuaca panas menyebabkannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti di luar.

“Saya yang gemar berkebun terpaksa mengehadkan masa dan kekerapan melakukan aktiviti tersebut kerana cuaca panas, selain itu saya juga banyak minum air setiap hari bagi mengelakkan dehidrasi,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan