Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

El-Nino: 118 kampung terjejas menerima bekalan air bersih daripada JPAM

4:53pm 11/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 271 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir,Tempatan
Penduduk kampung yang terjejas akibat musim kemarau menerima bekalan air bersih daripada JPAM

Penduduk kampung yang terjejas akibat musim kemarau menerima bekalan air bersih daripada JPAM

KOTA KINABALU- Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sabah sedang menjalankan proses penyaluran air bersih kepada 118 buah kampung yang terjejas dan terputus bekalan air akibat fenomena El-Nino, kata Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin.

Beliau yang merupakan Pengarah JPAM Sabah berkata semua pihak termasuk JPAM dan pihak-pihak lain seperti Jabatan Bomba, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sentiasa bersedia menghadapi bencana alam seperti fenomena EL-Nino tersebut.

“Pihak JPAM sekarang ini sedang berusaha untuk menangani situasi kemarau dan setakat hari ini terdapat lapan buah daerah di seluruh negeri Sabah mengalami keadaan kemarau dan terputus bekalan air.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Apresiasi JPAM dan Media bersama pemimpin Peringkat Kota Kinabalu, di Kompleks Tabung Haji, disini, hari ini (11 Mac 2016).

Katanya, lebih kurang 1,500 liter air dalam sehari disalurkan oleh pihak JPAM dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan lain kepada setiap rumah di daerah-daearah yang terjejas akibat musim kemarau itu termasuk Tuaran, Kota Belud, Keningau, Beaufort, Membakut dan Kuala Penyu, Sook dan Menumbok..

Di daerah Tuaran, walau bagaimanapun, pembahagian air bersih ke setiap kampung yang terjejas akibat kemarau hanya dihantar ke satu kawasan yang ditetapkan dan bukan dari rumah ke rumah.

Selain itu, lebih kurang 800 hingga 1000 gelen air bersih disalurkan ke setiap kampung yang terjejas bergantung kepada keperluan atau jumlah penduduk di kampung tersebut.

Menurut Mulliadi, pihak JPAM turut menerima 36 aduan setakat hari ini (11 Mac) berkenaan kemusnahan tanaman akibat fenomena El-Nino di 15 buah kampung di daerah Kota Belud.

Sementara itu, beliau mengumumkan bahawa keadaan atau fenomena El-Nino itu bakal berakhir hujung bulan Mac ini.

“Keadaan dijangka kembali pulih seperti biasa pada bulan April depan. Pihak JPAM juga akan sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Meteorologi untuk mendapatkan laporan-laporan terkini berkenaan fenomena tersebut,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

9887210a-8f86-41cd-ac21-aff3d4af2961

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan