Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

El Chapo diburu

PEGAWAI pendakwa raya melihat lubang terowong di sel tahanan Guzman yang digunakannya untuk melarikan diri Sabtu lalu.
PEGAWAI pendakwa raya melihat lubang terowong di sel tahanan Guzman yang digunakannya untuk melarikan diri Sabtu lalu.

Almoloya de Juarez (Mexico): Pasukan keselamatan Mexico semalam melancarkan gerakan besar-besaran memburu raja dadah Joaquin ‘El Chapo’ Guzman selepas dia melarikan diri dari penjara kawalan maksimum kelmarin.

Sementara itu pihak berkuasa juga melancarkan siasatan untuk mengetahui sama ada Guzman mendapat bantuan daripada orang dalam untuk melarikan diri melalui terowong tempat mandi di sel tahanannya.

Ini kali kedua dalam tempoh 14 tahun Guzman – ketua kartel dadah Sinaloa yang digeruni – berjaya meloloskan diri dari penjara kawalan maksimum.

Tentera dan polis dikerahkan memburu Guzman selepas dia menghilangkan diri lewat Sabtu lalu dari penjara Altiplano, 90 kilometer ke barat Mexico City setelah 17 bulan ditahan di situ.

Seramai 30 petugas penjara pelbagai pangkat termasuk ketua wardar disiasat, kata pejabat peguam negara.

Mereka mengesyaki kejadian itu membabitkan orang dalam.

Guzman meloloskan diri walaupun sel tahanannya dipantau kamera.

Pengawal menyedari sesuatu tidak kena selepas dia hilang terlalu lama ketika mandi dan siasatan menemui lubang sedalam 10 meter di bilik mandi itu.

Sementara itu, polis dan tentera mengadakan sekatan jalan raya serta memeriksa semua kenderaan di laluan berhampiran.

Daerah Puebla juga menggunakan teknologi x-ray di plaza tol untuk mengimbas bahagian dalam kenderaan.

Di Guatemala – tempat Guzman pertama kali ditahan pada 1993 – tentera melancarkan operasi khas.

Guzman pertama kali melarikan diri dari penjara pada 2001 selepas menyorok dalam troli pakaian kotor.

Dia ditangkap semula dalam serbuan awal pagi pada Februari tahun lalu di sebuah kondominium di Mazatlan, kawasan peranginan di Sinaloa.

Guzman kemudian ditahan di penjara Altiplano yang juga menjadi tempat penahanan ketua dadah lain yang ditahan ketika pentadbiran Pena Nieto.

Pakar keselamatan di Universiti Berautonomi Kebangsaan Mexico, Raul Benitez Manaut berkata, kejayaan Guzman meloloskan diri menunjukkan perancangan rapi dilakukan selama beberapa bulan dengan bantuan dari luar serta dalam penjara.- AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan