Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ekstasi, syabu dalam coli

9:05am 08/02/2016 Pak Roshan 13 views Global
syabu

gambar hiasan

Medan: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Kualanamu, Sumatera Utara semalam menahan seorang wanita berusia 54 tahun selepas menemui sejumlah besar pil ekstasi dan syabu di dalam coli yang dipakainya.

“Kami menahan wanita itu, Isdiani, ketika dia hendak menaiki pesawat menuju ke Balikpapan, Kalimantan. Sebanyak 1,500 pil ekstasi dan kira-kira satu gram syabu dijumpai di dalam colinya selepas pegawai memeriksanya,” kata pengurus Lapangan Terbang Kualanamu, Wisnu Budi Setianto kepada wartawan.

Menurutnya, Isdiani berkelakuan mencurigakan ketika berada di pintu keselamatan.

“Dia di arah menjalani pemeriksaan lanjut. Hasilnya, dadah itu ditemui di dalam coli yang dipakainya. Dia ditahan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata Wisnu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan