Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Eksport Sabah ke luar negara bernilai RM45.3 billion

Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Zakaria Idris, dan Datuk Raymond Tan dalam Dewan Mesyuarat DUN, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Datuk Hajiji Mohd Noor, Datuk Zakaria Idris, dan Datuk Raymond Tan dalam Dewan Mesyuarat DUN, Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu. Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri giat mempromosikan industri tempatan kepada industri berorientasikan eksport sebagai usaha mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, untuk itu kerajaan negeri telah menganjurkan penyertaan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai ekspo di luar negara bagi menerokai pasaran antarabangsa seperti di Dubai, China, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

“Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sama ada menggalakkan industri penggantian import atau industri berorientasikan eksport akan memberi kebaikan kepada imbangan perdagangan dan pendapatan negeri secara keseluruhannya,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Terrence Siambun (PKR-Moyog) yang bertanyakan adakah kerajaan negeri akan memperkasakan lagi pelaburan domestik PKS untuk mengurangkan kebergantungan Sabah terhadap
barang import khusus daripada Taiwan dan China.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri memberitahu, imbangan dagangan negeri adalah positif sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sejak 2009 sehingga 2013.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2013, eksport Sabah ke luar negara bernilai RM45.3 billion sementara import dari luar bernilai RM36.5 billion dan imbangan perdagangan negeri bernilai RM8.5 billion.

Menurut beliau, eksport Sabah ke China pada 2013 bernilai RM6 billion manakala nilai eksport ke Taiwan pula RM586.7 juta.

Sementara itu, nilai import dari kedua negara itu masing-masing direkodkan RM2.2 billion dan RM430.3 juta dengan imbangan perdagangan bernilai RM156.4 juta. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan